Tuesday, November 23, 2010

KG.BONGOL TAMPARULI SABAH

Kampung Bongol
W.D.T 77
Jalan Ranau
89257 Tamparuli
sabah

haa!! di atas tu adalah alamat di kampung BOngol. Kampung Bongol ni Special, nak tahu kenapa special, Sebab ini adalah kampung halaman saya.@.@. Ramai kawan2 sy dan sy berani menyatakan bahwa bukan kawan sy sahaja yg tk mengetahui kedudukan kampung ini maybe kwan2 sy dr kg yg mempunyai kwn2 dr jauh of coz tk tahu!bg mereka2 yg tak tahu di mana kedudukan kampung saya!! haa! ini dia! oleh itu sy nak cari inisiatif nak terangkan sedikit demi sedikit mengenai kampung Bongol ni. Dari semasa ke semasa sy akan memberi berita perkembangan mengenai kampung halaman saya ni. Biarpun saya menerangkan bukan secara journalis style. tp sekurang-kurangnya informasi mengenai kampung halaman sy ini dapat diketahui org bahawa kg.bongol itu wujud. kampung bongol ini terletak di antara jalan tamparuli ke ranau. semasa ke jalan ranau, kalau korang jumpa simpang bypass ke kOta belud..haa! di sana la kedudukan kg sy. Skang kampung kami baru sahaja dinaiktarafkan oleh pengurusan JKKK yang lebih bijaksana dalam pengurusan, terhasil jgk "SIGNBOARD" kg.bongol akhirnya. Disamping itu, RELA turut diadakan di kg.bongol. Perkembangan 2010 yg boleh dikatakan secara mendadak!

RELA nak tahu pasal ni...

haa baca ni..

Rela Sabah sasar 10,000 anggota baru tahun ini
<<Brig. Jen Samasuddin.

TUARAN: Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Sabah, mensasarkan untuk menambah 10,000 anggota baru menjelang akhir tahun ini bagi meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan Rela dalam membantu pihak penguatkuasa menjaga keselamatan dan keamanan terutama di peringkat kampung.

Pengarahnya, Brig. Jen (Rela) Samasuddin Lawe berkata, setakat ini, Rela Sabah mempunyai kira-kira 120,000 anggota dan berharap dapat mencapai sasaran menambah keahlian sehingga 130,000 anggota menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, pengambilan anggota Rela adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan berumur 16 tahun ke atas bagi wanita dan 17 tahun bagi lelaki.

“Oleh itu, kita berharap golongan muda menyertai pasukan Rela di Sabah bagi mencapai matlamat kita iaitu ‘Satu Kampung, Satu Taman, Satu Platun Rela’,” katanya ketika ditemui New Sabah Times, di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah, Jalan Sulaman, Tuaran.

Peranan dan fungsi RELA amat luas termasuk melaksanakan operasi menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI), memelihara keselamatan dan keamanan setempat (tugas rondaan mencegah jenayah) dan menjalankan aktiviti-aktiviti ‘Geraksaraf dan Perangsaraf’.

“Tugas, fungsi dan tanggungjawab pasukan Rela tidak boleh diperlekehkan dan gelaran mereka sebagai ‘askar kampung’ perlu dihapuskan dalam minda masyarakat.

“Ini kerana kehadiran anggota Rela amat dirasai khasnya dalam operasi membanteras PATI atau mengurangkan kegiatan jenayah di kawasan perumahan dan kampung,” kata Samasuddin.

Selain itu, pasukan Rela yang bertindak sebagai ‘Mata dan Telinga’ kerajaan turut menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat serta membantu agensi-agensi penguatkuasa lain seperti Polis, Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Pasukan Petugas Khas dan pihak berkuasa tempatan.

Mulai 1 Februari 2005, Rela telah diberi kuasa di bawah Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 untuk memeriksa dan menangkap PATI.

Walaupun pasukan Rela diwujudkan sebagai sebuah jentera keselamatan bagi tujuan membantu negara menghadapi keadaan-keadaan darurat, namun pada waktu aman, pasukan itu mempunyai peranan menjurus kepada bidang keselamatan dan pembangunan masyarkaat (aktiviti kemasyarakatan).

Rela turut berperanan membantu menghadapi bencana alam seperti banjir, kebakaran dan ribut.

Pusat Latihan Rela Sabah terbesar di Malaysia, Pusat Latihan Rela Negeri Sabah (PLRNS) yang terletak di Jalan Sulaman, Kg. Gayang Tuaran, merupakan pusat latihan Rela terbesar di negara ini yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Tidak hairanlah pusat itu dipilih sebagai tempat mengadakan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada hari ini (23 Julai).

PLRNS siap dibina pada 1 Mac 2007 dan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman pada 11 September 2007. Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM54 juta.

“Pusat latihan ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti blok pentadbiran dan dewan yang boleh menampung kira-kira 1,000 peserta kursus dalam satu-satu masa, dewan makan, asrama pegawai, asrama peserta, padang permainan, padang kawad dan masjid yang dapat menampung jemaah seramai 500 orang.

“Kemudahan yang terdapat di pusat latihan ini turut dibuka kepada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta dengan kadar bayaran yang amat berpatutan,” katanya

Samasuddin berkata, kadar sewa bagi bilik mesyuarat ialah RM70sejam, dewan serbaguna RM1,500 sehari, bilik kuliah (40 orang)RM35 sejam dan RM65 sejam bagi bilik kuliah berkapasiti 80 orang.

Beliau berkata, pusat itu juga mempunyai padang permainan yang serba lengkap seperti gelanggang badminton, bola keranjang, bola tampar, bola jaring dan padang bola sepak.

“Padang kawad di pusat ini mempunyai keluasan 2.8 ekar, dan boleh memuatkan seramai 3,000 peserta untuk latihan kawad dalam satu-satu masa,” katanya.

Mengenai kursus dan latihan anggota Rela di negeri ini, Samasuddin berkata kursus untuk anggota Rela dijalankan dari semasa ke semasa bagi membolehkan mereka sentiasa bersiap sedia dan mengetahui tanggungjawab mereka sebagai Rela.

“Antara kursus yang diberikan kepada anggota Rela ialah, kursus asas, kursus mencegah jenayah, penyaluran maklumat Rela dan latihan kawad,” katanya.

Pertanyaan lanjut mengenai Pusat Latihan Rela, hubungi talian 088-473151.



No comments:

Post a Comment

Village Boy'S iS CoOl Yaa!!