Wednesday, March 10, 2010

Trip To Bekok river in Johor, Malaysia

Last week, during Chinese New Year Holiday, i hv been go to Bekok river With my few friend. Actually that time, i didn't wan to go with them but they force me then i go(lol). We hv rent a Kancil car, then von-voyage at 1.00 pm, Then arrive at 3 pm. I'm very shoked when we arrive at the junction of Bekok river hv been full by care jemmm....well i know that time iS CNY.(banyak Orang yang nak Buang sial)..lolz. So, we hv walk by foot from the junction of the bekok river approximate 4km maybe. Here i post some pIc i hv take..SO watch it..Observe it carefully...lolz..i hope u will like it..
Name List with the Trip...
Joey, kelly, Anderson, Herry, Alex Roy and "Boru n The Frends"........Thanks for The Carlsberg, nice one..




>>This is the way in to THe river....


Freestyle pOsing..


















FRenDs



FrEnds






























Sunday, March 7, 2010

Sejarah Kita....

Pada minggu lalu, kumpulan HUbungan Etnik kami telah membuat keputusan memilih tajuk tugasan Hubungan Etnik iaitu berhubungan dengan Pembantaian Rwanda 1994 dan hubungkait mengenai Sejarah 13 Mei yang memberi impak besar pada perhubungan kaum sehingga masa kini di negara Malaysia.
Setelah membaca sejarah yang berlaku melalui carian laman web, agak menarik pabila mengetahui sejarah kita. saya dapat katakan pengetahuan sejarah saya memang agak sedikit, mungkin usia yang makin meningkat megajar kita erti sebenar menjadi masyarakat yang berguna. Disini juga saya ingin masukan sekali carian internet saya mengenai sejarah tentang negara ini.
Saya berasa sedih dan kesal kerna kesedaran ini agak lama timbul dalam diri ini, dalam proses menjadi pengundi atau usia pun dah nak masuk 21 tahun, kita mestilah bersedia menjadi insan yang berguna dalam pemilihan yang terbaik dan kurang terbaik. saya sentiasa berharap agar kesedaran ini harus dibendung semenjak kita di bangku sekolah lagi...tetapi cabaran itu memang berat disampaikan bab saya sendiri perna menjadi pelajar sekolah sehinggalah hari ini..

[SEJARAH]

Pembantaian Rwanda 1994 (Rwandan Genocide 1994).

Pembantaian Rwanda 1994 bukan saja satu titik hitam kepada negara Rwanda itu sendiri, tapi juga kepada seluruh dunia. Sebabnya kerana kegagalan masyarakat dunia melalui PBB itu sendiri untuk menghalang pembantaian yang mengorbankan sekitar 1 juta jiwa manusia.
Dalam tempoh hanya 100 hari.

Asal pembantaian bermula dari pemecahan etnik Hutu dan Tutsi, dua etnik yang mendiami Rwanda. Tidak ada banyak beza di antara Hutu dan Tutsi, sama saja seperti bila kita disuruh membezakan Melayu dan Jawa.

Namun 1994 di Rwanda keadaan politik dan sosial memecahkan dua etnik yang bersaudara ini. Hutu adalah etnik majoriti dan mereka lebih berkuasa dalam ehwal politik Rwanda. Tutsi pula minoriti, tapi mereka lazimnya jauh lebih terpelajar dan berjaya dalam bidang ekonomi.

Yang menariknya mengenai dua etnik ini mereka berasal dari keturunan yang sama dan hidup aman damai sebelum era kolonial. Bila kolonialis Jerman dan Belgium mula menjajah Rwanda dan negara sekitarnya berlaku usaha untuk memecahkan kedua etnik dan diberi layanan yang berbeza.

Proses pemecahan yang bertahun ini akhirnya menjadikan etnik Hutu dan Tutsi tidak lagi dapat berintegrasi antara satu sama lain dan menjelang 1990 satu perang saudara meletus di Rwanda. Gerila Rwandan Patriotic Front (RPF) yang dianggotai etnik Tutsi memberontak terhadap kerajaan Rwanda yang dikuasai Hutu.

Menjelang 1993 Perjanjian Arusha ditandatangani oleh kedua pihak bertelagah dan gencatan senjata bermula. Tetapi semuanya berubah pada 6 April 1994 bila kapal terbang yang dinaiki oleh Presiden Juvenal Habyarimana ditembak jatuh ketika mahu mendarat di Kigali, ibukota Rwanda.

Lantaran dari pembunuhan ini puak ekstremis Hutu dalam kerajaan menuduh etnik Tutsi dan elemen RPF bertanggunjawab. Pihak tentera Rwanda dengan sokongan militia Hutu bertindak membunuh ahli-ahli politik Hutu yang sederhana dan pemimpin Tutsi dalam kerajaan.

Dari Kigali pembantaian merebak ke seluruh Rwanda. Suratkhabar dan radio milik kerajaan yang dikuasai Hutu menyeru kepada semua etnik Hutu untuk ‘membersihkan Rwanda dari lipas Tutsi’. Rumah-rumah, kedai dan gedung, sekolah serta rumah ibadat milik etnik Tutsi dibakar hangus. Golongan dewasa Tutsi dicincang dengan parang, kerana peluru-peluru Hutu terlalu berharga untuk dibazirkan ke atas ‘lipas Tutsi’. Gadis-gadis Tutsi diperkosa dan kemudiannya dikorbankan, begitu juga anak-anak kecil. Harta-harta mereka dirampas.

Cetusan dari pembantaian ini memaksa barisan gerila RPF untuk memulakan kembali gerakan ofensif mereka. Mungkin oleh kerana tentera Rwanda yang dibarisi Hutu dan militia Hutu mereka terlalu sibuk menjarah, membunuh, merogol dan merompak, mereka tidak bersedia untuk menghadapi serangan RPF.

Perlahan-lahan, satu demi satu kota-kota di Rwanda jatuh ke tangan RPF. Menjelang 3 Julai, 100 hari genapnya pembantaian yang dicetuskan kerajaan Rwanda pimpinan Hutu, Kigali ibukota Rwanda jatuh ke tangan RPF.

Dua juta etnik Hutu lari meninggalkan Rwanda. Majoriti dari mereka ialah anggota tentera, militia Hutu dan individu-individu yang selama 100 hari itu kerjanya membantai nyawa etnik Tutsi yang mencecah sekitar 1 juta korban jiwa.

Kita tidak mahu dikepung di tengah jalan oleh sekumpulan rasis yang bersenjatakan parang, ghairah mahu mengambil nyawa kita hanya kerana berlainan bangsa. Kita tidak mahu anak-anak kita dikurung dalam sekolah mereka dan dibakar hidup-hidup, hanya kerana mereka berlainan bangsa. Kita tidak mahu itu semua di Malaysia.

Asal Pembantaian Rwanda 1994 bertitik tolak dari polisi pemecahan etnik dan dasar-dasar yang menerapkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Ia kemudiannya diapi-apikan dengan semangat perkauman, kuasa bangsa seperti Hutu Power, perebutan kuasa politik dan ekonomi serta rasa sangsi antara Hutu dan Tutsi. Hasilnya, kedua-dua Hutu dan Tutsi yang merana.
[REFLEKSI KEJADIAN DI MALAYSIA]

Semalam 13 Mei berlalu tanpa apa-apa. Tahun ini ianya genap 40 tahun. Kerana ianya peristiwa yang berlaku 40 tahun yang lampau, majoriti rakyat Malaysia yang ada hari ini bukanlah dari generasi yang melalui titik hitam sejarah Malaysia itu.

Empat puluh tahun selepas 13 Mei rata-rata kita di Malaysia masih bercakap soal etnik dan bangsa. Kadangkala bila bercakap berapi-api, sambil merujuk pada 13 Mei.

Soalnya memang senang mahu cakap berapi-api, penuh semangat mahu ajar bangsa satu lagi yang kurang ajar. Memang mudah bertempik bangga mahu asah parang atau mahu memandikan keris kerana mahu menunjuk siapa yang berkuasa. Tapi bila semua hangus terbakar dan mayat bergelimpangan, apa yang kamu dapat?

Selepas 52 tahun merdeka, 46 tahun Malaysia ditubuhkan dan 40 tahun selepas tragedi 13 Mei, sangat menyedihkan bila kita masih lagi bercakap tentang Melayu, Cina, India dan Lain-lain. Kita masih gagal bercakap tentang soal bangsa Malaysia tapi masih sibuk dengan hal bangsa masing-masing. Siapa dapat kuasa lebih, siapa dapat wang lebih, siapa yang istimewa dan siapa yang tidak. Sayang bila bercakap soal 13 Mei, kita memilih ianya untuk menjadi momokan buat menakut-nakutkan satu sama lain. Sedangkan yang lebih baik ialah menjadikan ia sebagai satu pengajaran untuk berhenti bercakap soal perkauman dan sebaliknya memupuk semangat perpaduan. Tidak ada siapa di antara kita yang mahu hidup seperti 100 hari di Rwanda.

[SEJARAH]
Peristiwa 13 Mei
Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Latar belakang

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat. Rumah Menteri Besar Selangor UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askarAskar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahattersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
Persepsi
Kini aktivis chuvanis cina menafikan trajedi 13 Mei 1969 sebagai rusuhan kaum. Mereka menebarkan dakyah bahawa ianya adalah perancangan licik Tun Razak dan Dato' Harun.
Kalangan orang melayu pula mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.


Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
 Melayu : 86 orang
 Cina : 342 orang
 Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kaca mata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa sama ada kita hidup atau mati".

Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Mageran telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sesetangah orang melayu mempersalahkan Tunku Abdul Rahman kerana gagal membendung ancaman rusuhan perkauman tersebut. Di antara tokoh yang lantang menghentam Tunku ialah Tun Dr Mahathir menerusi buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma"). Buku tersebut pernah diharamkan oleh Tunku.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak berulang. Diantara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP.

Friday, March 5, 2010

APOLOGY

How do I tell you I'm sorry -
With a gesture, a look, a touch?
How is it I never realized
I hurt you so very much?

I do not ask forgiveness,
A comfort I'll never deserve.
I merely want to let you know,
But I cannot find the nerve.

To finally confront you, face-to-face,
To look you in the eye,
To face your wrath, your apathy -
Too terrified to try.

You called me selfish, I turned away,
I festered and I fled;
Cutting and wounding and lashing out,
Just to see if you bled.

Betraying and deceiving you,
I surely had no right
To snatch away such a precious gem;
A dark thief in the night.

Four years and forever passed
To bring us to this day,
When I present these simple words
I never thought to say.

The time has come, it's long past due,
To put aside my fear;
Would this confession torture you,
Or have you longed to hear?

To hear those two forbidden words,
To vanquish all the pain,
To understand my dearest wish:
To know you once again.

The years aged me remarkably,
Though they have not made me wise;
I do know I erred irrevocably -
For that I apologize.

Cameroon Highland Trip Picture

















I love this picture...styles...Teh Boh Centre




















Front door...
























Nia...hehe
famous gak spek mata aku...






















Cameroon Highland
Lodge Asli....

cool..good weather, make me remember my village..
i love my village...

























Waiting for order...
Just arrive from a long Journey...JB to CM





Cameroon Highland view....
Nice features...
Lots of strawberry..
sweet...
cheap one...











Me....
Reboun Hammer test...
The wheater that time so hot...=)


























Umi...my team work member....
for this assignment....cute yaa...

























First Checkpoint.....
firstly...
must take a picture....
Not at all...
Just a few member...
different bus...transportation....

Thursday, March 4, 2010

Lab Hydrolic Picture










































































My A-Team....lolz
From left side Herry, Kelly, Violet, Quin, Husna, Ayu...
Hydrolic Lab..





























































































































Village Boy'S iS CoOl Yaa!!